Edisi pertama Terbuka Bola Pikel OCBC-Great Eastern akan berlangsung pada Oktober ini di Arena OCBC di The Kallang, dengan hampir 1,600 peserta dijangka bertanding sepanjang tiga hari kejohanan tersebut.
Dalam satu kenyataan pada 6 April, OCBC menyifatkan acara dari 23 hingga 25 Oktober itu sebagai salah satu kejohanan bola pikel terbesar di Asia Tenggara.





