Sejak bergerak sebagai kumpulan seni Melayu yang bebas dan berdikari, orkestra Melayu tertua di Singapura kini berkongsi ‘rumah’ dengan sebuah kumpulan seni teater, di Wisma Geylang Serai (WGS) sejak 1 April. Perkongsian ruang itu membolehkan peningkatan kerjasama untuk saling menyokong kumpulan seni di Singapura.
SingapuraApr 14, 2026 | 8:49 PM

Satu bumbung, dua jiwa: Perkongsian ruang rapat silaturahim penggiat seni

Sejak bergerak sebagai kumpulan seni Melayu yang bebas dan berdikari, orkestra Melayu pertama di Singapura kini berkongsi ‘rumah’ dengan sebuah kumpulan seni teater di Wisma Geylang Serai (WGS) sejak 1 April.

Seiring dengan visi baru kumpulan seni itu, perkongsian ruang itu membawa kepada matlamat meningkatkan kerjasama.

Remaja Gangguan Spektrum Autisme (ASD), Muhammad Solihin Md Kahar, 19 tahun, menemui haluan kendiri sebaik sahaja memulakan kembara pendidikannya di dalam persekitaran yang penuh sokongan.
SingapuraOct 4, 2026 | 6:00 PM

Persekitaran selesa bantu perjalanan golongan OKU

Sebagai seorang individu dengan Gangguan Spektrum Autisme (ASD), Encik Muhammad Solihin Md Kahar, 19 tahun, pernah mengalami kesukaran untuk berinteraksi dengan orang sekeliling akibat kerap disalah erti.

Menurut beliau ini menjejaskan proses kebangkitannya kerana beliau menahan dirinya daripada bercakap dengan orang lain, meluahkan cabaran yang dihadapi, serta menjangka reaksi orang sekeliling.

Kakitangan barisan hadapan di semua poliklinik akan menerima latihan untuk menyokong golongan autisme dan berkeperluan intelektual dengan lebih baik mulai 2027. Tiga poliklinik pula akan menyediakan sokongan khusus bagi golongan istimewa ini menjelang 2028.
SingapuraOct 4, 2026 | 6:00 PM

Kakitangan barisan hadapan poliklinik bakal dilengkapi latihan sokong individu keperluan intelektual mulai 2027

Kakitangan barisan hadapan seperti pegawai khidmat pelanggan di semua poliklinik akan menerima latihan untuk menyokong golongan yang mengalami autisme dan keperluan intelektual dengan lebih baik mulai 2027.

Latihan tersebut merangkumi kemahiran berkomunikasi secara berkesan, supaya kakitangan barisan hadapan dapat memberi respons dan layanan sesuai kepada golongan ini, misalnya memberi keutamaan dalam menunggu giliran, kata Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF)...

Kakitangan agensi sosial SG Enable, Encik Muhammad Syazwan Nur Sulaiman Low, mengajar cara menyiapkan kopi kepada Cik Nuraqilah Fatin Swat yang berkeperluan intelektual tahap sederhana, di kafe yang terletak di pusat Enabling Village.
SingapuraOct 4, 2026 | 6:00 PM

SG Enable tubuh pusat sehenti bantu orang kurang upaya, majikan perihal pekerjaan

Pihak majikan dan orang kurang upaya yang memerlukan bantuan berhubung pekerjaan, tidak lama lagi akan mempunyai pusat sehenti untuk mendapatkan sokongan dengan penubuhan Pejabat Sokongan Pekerjaan (ESO) kendalian agensi sosial, SG Enable.

Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dalam satu kenyataan pada 4 Oktober menyatakan ESO akan menawarkan antara lain khidmat nasihat kerjaya dan peningkatan kemahiran bagi golongan kurang upaya.

Orang kurang upaya dan penjaga individu ini bakal menerima sokongan bersasar supaya mereka dapat merancang keperluan penjagaan masa hadapan secara proaktif mulai 2027 di bawah inisiatif Perancangan Penjagaan bagi Masa Hadapan atau Future Care Planning (FCP).
SingapuraOct 4, 2026 | 6:00 PM

Inisiatif galak orang kurang upaya, penjaga rancang keperluan jagaan secara proaktif mulai 2027

Orang kurang upaya dan penjaga mereka bakal menerima sokongan tambahan khusus agar mereka dapat merancang keperluan penjagaan masa hadapan secara proaktif mulai 2027 di bawah satu inisiatif baru.

Dikenali sebagai Perancangan Penjagaan bagi Masa Hadapan atau Future Care Planning (FCP), perancang penjagaan daripada agensi sosial SG Enable akan mendampingi dan membimbing golongan ini merancang pengurusan penjagaan mereka, kata Kementerian Pembangunan...

Yong Peng, mangsa bunuh, pelajar perempuan, Allahyarhamha Irene Sofiya
MalaysiaOct 4, 2026 | 5:33 PM

Pelajar perempuan ditemui maut dalam dewan sekolah di Johor; remaja lelaki ditahan

BATU PAHAT: Hasrat Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal untuk mengikut jejak kerjaya Allahyarhamha ibunya sebagai seorang doktor pakar nampaknya tidak kesampaian.

Pelajar perempuan Tingkatan Empat itu ditemui maut dan dipercayai dibunuh di sebuah sekolah menengah di Yong Peng pada 3 Oktober.

Singa buru kemenangan dalam pertemuan dengan M'sia
Play Video

Wajah baharu Galeri Sejarah Singapura angkat warisan Orang Laut
Play Video

Skuad Singa sedia berdepan Indonesia
Play Video

S’pura, 3 negara lain calonkan tarian zapin sebagai warisan Unesco
Play Video

Ikuti liputan Piala Asean Fifa oleh BH dari Indonesia
Play Video