Menjelang ketibaan Hari Raya Aidiladha, Al-Qiblah International Consultants, sekali lagi melancarkan projek khas bertema, ‘Menggembirakan Fakir Miskin, Anak-anak Yatim dan Pelajar Pesantren’.
Berbekalkan pengalaman lebih 20 tahun sejak penubuhannya, syarikat itu terus komited menyantuni ribuan penduduk di kawasan pedalaman serta pulau terpencil di Indonesia dan Kemboja, sekali gus memastikan manfaat ibadah korban sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan.





