Penyerang siber menyasarkan Singapura dan menggunakan kecerdasan buatan (AI) bagi menjadikan serangan lebih murah dan pantas. Ini merupakan isu serius bagi negara ini, dan pengendali perkhidmatan penting di sini mesti segera meningkatkan pertahanan mereka, kata Menteri Penyelaras Keselamatan Negara, Encik K. Shanmugam, pada 9 Mei. Ketika ditemui wartawan di luar acara kemasyarakatan di Yishun, Encik Shanmugam, yang juga Menteri Ehwal...





