“Dah lama tak makan daging.”
Itulah yang dikongsi Cik Neng Yatimah Salim, 60 tahun, apabila menerima agihan daging korban daripada Pertapis pada 2025.
“Dah lama tak makan daging.”
Itulah yang dikongsi Cik Neng Yatimah Salim, 60 tahun, apabila menerima agihan daging korban daripada Pertapis pada 2025.
Pegawai Agensi Teknologi Pemerintah Singapura (GovTech) yang peranan kerjanya terjejas oleh latihan penyusunan semula yang dijalankan akan disediakan sokongan, termasuk latihan semula untuk menggalas peranan baru dalam lembaga berkanun itu dan mencari peranan alternatif di agensi pemerintah yang lain.
Bagaimanapun, bagi mereka yang diberhentikan kerja, pakej sokongan menyeluruh akan disediakan dengan kerjasama kesatuan, merangkumi sokongan kewangan dan peralihan, bimbingan kerja...

Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) mengakui pemerhatian dalam laporan Pejabat Juruaudit Negara (AGO) yang merangkumi tempoh dari 1 April 2022 hingga 31 Mac 2025.
HDB berkata ia memandang serius penemuan AGO dan telah mengambil langkah segera untuk membetulkan penyelewengan yang dikenal pasti, dan memperkukuh proses dan kawalannya, bagi mengekalkan piawaian tadbir urus dan kebertanggungjawaban yang tinggi dalam pengurusan projek dan...
Pejabat Juruaudit Negara (AGO) mendapati beberapa kementerian, lembaga berkanun dan syarikat milik pemerintah mempunyai kecuaian dalam perakaunan, pengurusan dan penggunaan sumber awam mereka.
Dalam laporannya yang dikeluarkan pada 15 Julai, AGO berkata ia telah mengeluarkan sejumlah 136 penemuan audit dan menyampaikannya kepada badan yang diaudit melalui Surat Pengurusan.

Dalam kenyataannya pada 15 Julai, Kementerian Kesihatan (MOH) menjelaskan bahawa institusi yang dimaksudkan dalam laporan Pejabat Juruaudit Negara (AGO) ialah bangunan Pusat Barah Nasional Singapura (NCCS), yang disiapkan pada 2022, tetapi kerja-kerja perancangan bermula pada 2013.
MOH menekankan pasukan projek yang terlibat melakukan tugas mereka dengan baik dan tiada petunjuk salah laku yang disengajakan.

Kementerian Pendidikan (MOE) berkata ia menemukan e-mel kelulusan palsu berkaitan pelantikan pegawai semasa audit Pejabat Juruaudit Negara (AGO).
MOE berkata ia memandang serius perkara tersebut dan telah membuat laporan polis.





