Belia setempat sedar Jumlah Kadar Kesuburan (TFR) negara semakin menurun, tetapi 40 peratus daripada mereka bersikap enggan tergesa-gesa untuk berkahwin, menurut satu tinjauan baharu mengenai persepsi golongan muda.
Sebanyak 25 peratus daripada peserta tinjauan pula berkata mereka belum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
Tinjauan yang dijalankan oleh pertubuhan belia yang tidak mengambil untung, Heartware Network itu melibatkan 1,114 responden...




