Walaupun tiada kelab Singapura yang berjaya mara ke final Piala Shopee Kejohanan Kelab Asean (ACC), penyokong tempatan masih berpeluang menyaksikan pertembungan dua pemain negara dalam aksi final timbal balik itu.
Penyerang Singa, Ilhan Fandi, yang kini menyarung jersi kelab gergasi Thailand, Buriram United, bakal berdepan rakan sepasukan kebangsaan, Safuwan Baharudin, yang mewakili kelab Malaysia Selangor FC.





