Singapura telah membeli gas asli cecair (LNG) yang mencukupi untuk menampung keperluan sehingga akhir 2026 bagi menggantikan penghantaran bekalan yang terkandas di laluan perkapalan Selat Hormuz berikutan perang Iran.
Syarikat milik pemerintah, Singapore GasCo, yang ditubuhkan pada 2025, berjaya mendapatkan penghantaran dari wilayah di luar Timur Tengah melalui pasaran semerta atau ‘spot market’, menurut kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat...





