TAWAU (Sabah): Misteri sejenis tumbuhan yang tersimpan tanpa identiti di herbarium (tempat spesimen tumbuhan dikeringkan atau diawet) sejak 12 tahun lalu akhirnya berjaya dirungkai saintis Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Spesimen berkenaan yang dikenali sebagai ‘Ardisia condensiflora’ disahkan sebagai spesies baharu yang hanya ditemukan di Sabah.





