Sekitar 600 pelajar Melayu/Islam yang sedang membuat persiapan bagi peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat ‘A’ kini mendapat sokongan akademik dalam talian baharu.
Dilancarkan pada 30 Mei, Program Aspirasi Mendaki, adalah sesi pembelajaran dalam talian yang bertujuan menyediakan sokongan akademik secara berstruktur dan mudah diakses pada setiap Sabtu dan Ahad.





