BANGKOK: Mantan Perdana Menteri Thailand, Encik Thaksin Shinawatra, menerima pengampunan diraja yang membolehkan beliau dibebaskan sepenuhnya daripada baki hukuman penjara lebih awal daripada jadual asal.
Menteri Kehakiman Thailand, Encik Rutthapon Naowarat, mengesahkan pada 3 Jun bahawa nama Encik Thaksin termasuk dalam senarai penerima pengampunan diraja sempena sambutan ulang tahun ke-48 Permaisuri Thailand, Permaisuri Suthida.





