Walaupun pada awalnya kurang berminat dalam bidang kewartawanan, Aisha Mohammed Rafique, dari Sekolah Menengah Bedok South, kini melihat bidang kerjaya ini dari perspektif baharu selepas menyertai Kem Wartawan Muda Gen G, anjuran Berita Harian (BH).
“Sebenarnya saya tidak minat sangat dalam bidang kewartawanan, tetapi kem ini membuka mata saya tentang dunia kewartawanan,” kata Aisha, 15 tahun, selepas dinobatkan sebagai penerima...





