Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mendakwa Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sedang memainkan persepsi politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor walaupun kedua-dua gabungan itu bekerjasama dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.
Pengarah Pilihan Raya Negeri Johor Muda, Encik Rasid Abu Bakar, berkata rakyat Johor perlu melihat realiti sebenar hubungan antara kedua-dua gabungan politik itu dan tidak terpengaruh...





