Pengisytiharan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar, sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 pada 5 Jun lalu, adalah tidak sah.
Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, Datuk Azizi Mohamad Ali, berkata majlis yang dikatakan sebagai ‘istiadat pemasyhuran (pengisytiharan)’ Yang di-Pertuan Besar ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah, Melaka, itu tidak diiktiraf dari sudut Perlembagaan, undang-undang dan adat istiadat Negeri Sembilan.





