Brotherhood (persaudaraan) bagi Mikhail Abdul Razak, atau lebih dikenali sebagai Nick Mikhail, bermaksud untuk sentiasa berada di sisi seseorang dalam susah dan senang – tidak kira sama ada mereka betul atau salah.
Selama bertahun-tahun, itulah bentuk sokongan yang diberikan oleh pelakon kelahiran Singapura itu kepada penyanyi, Aliff Aziz, yang dianggapnya sebagai seorang ‘adik’.





