gempa Venezuela, rayu bantuan lebih pantas,  La Guaira
KesihatanJun 30, 2026 | 2:35 PM

Penduduk terjejas gempa Venezuela rayu bantuan lebih pantas

EL JUNQUITO (Venezuela): Kemarahan dan kekecewaan semakin memuncak di beberapa kawasan Venezuela yang dilanda dua gempa bumi kuat minggu lalu apabila penduduk mendakwa bantuan pemerintah masih belum mencukupi, ketika angka korban terus meningkat kepada lebih 1,700 orang.

Presiden Dewan Negara Venezuela, Encik Jorge Rodriguez, berkata jumlah kematian akibat dua gempa bumi yang melanda negara itu pada 24 Jun lalu kini...

bil elektrik, GST, empat bilik
SingapuraJun 30, 2026 | 7:41 PM

Tarif elektrik isi rumah S’pura naik 17%, tarif gas 7.1% mulai Jul-Sep

Isi rumah di Singapura akan menyaksikan kenaikan tarif elektrik sebanyak 17 peratus bagi tempoh Julai hingga September, manakala tarif gas bandar berpaip turut meningkat sebanyak 7.1 peratus.

Dalam kenyataan pada 30 Jun, Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) berkata kenaikan itu berpunca daripada peningkatan harga gas asli susulan konflik di Timur Tengah.

Menurut pemilik bersama gerai makan ‘Indonesian Selera Corner’, Cik Sakdiah Abdul Latiff, keputusan untuk menjual nasi lemak pada harga $2 dibuat bagi memastikan warga emas dan  keluarga berpendapatan rendah terus mampu membeli makanan pada harga berpatutan.
Mata-mataJun 30, 2026 | 7:30 PM

Pasangan jual nasi lemak $2 di Yishun walau sewa gerai cecah $10 ribu sebulan

Meskipun membayar hampir $10,000 sebulan bagi sewa gerai makan, pasangan suami isteri, Encik Reban Kasran dan Cik Sakdiah Abdul Latiff, tetap menjual nasi lemak pada harga $2 sebungkus demi memastikan masyarakat terus mempunyai akses kepada makanan berharga berpatutan.

Bagi pemilik gerai Indonesian Selera Corner di Blok 101 Yishun Avenue 5 itu, keuntungan yang lebih besar bukan keutamaan jika masih ada...

Muhamad Faiz Zufairi Mohamed, 21 tahun, bakal memulakan pengajian ijazah Sarjana Muda Sains Kejururawatan di Universiti Nasional Singapura (NUS) selepas berjaya bangkit daripada kemurungan berfungsi tinggi, gangguan obsesif kompulsif (OCD), dan stereotaip masyarakat terhadap lulusan Institut Pendidikan Teknikal (ITE).
Mata-mataJun 30, 2026 | 7:19 PM

Pernah dihantui kemurungan, lulusan ITE bangkit demi genggam impian ke NUS

Sekitar enam bulan lalu, Encik Muhamad Faiz Zufairi Mohamed mengalami kemurungan hingga beliau cuba meragut nyawa sendiri.

Akibat tekanan hebat itu, beliau hampir berputus asa dan mahu berhenti separuh jalan daripada diploma jurusan kejururawatan yang sedang diikutinya.

MOU ditandatangani pada 30 Jun di Jakarta oleh Ketua Pegawai Eksekutif NEA Encik Benjamin Koh (kiri) dan Pemangku Pengerusi Agensi Pengawalseliaan Tenaga Nuklear Republik Indonesia Encik Zainal Arifin.
SingapuraJun 30, 2026 | 7:04 PM

Kerjasama S’pura, Indonesia dalam keselamatan nuklear, perlindungan radiasi

Singapura telah menandatangani perjanjian dengan pengawal selia tenaga nuklear Indonesia pada 30 Jun untuk bekerjasama dalam bidang termasuk perlindungan radiasi, kesediaan kecemasan, pemantauan radiasi dan membentuk dasar kawal selia.

Perkongsian antara Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Agensi Kawal Selia Tenaga Nuklear Indonesia akan merangkumi aktiviti seperti latihan bersama, pertukaran kakitangan, perkongsian penyelidikan dan mesyuarat teknikal.

Suspek yang disyaki membekal kpod, Willy Poh, tiba di tempat letak kereta bertingkat di Compassvale Walk pada 30 Jun. Dia salah seorang daripada empat suspek yang ditahan Penguasa Sains Kesihatan (HSA), menyusuli siasatan HSA terhadap sindiket transnasional yang disyaki terlibat dalam membekalkan rokok elektronik. Ini kali pertama kes seumpama itu di Singapura.
SingapuraJun 30, 2026 | 7:00 PM

HSA siasat sindiket transnasional disyaki bekal Kpod; kes pertama seumpamanya di S’pura

Penguasa Sains Kesihatan (HSA) sedang menyiasat sindiket transnasional yang disyaki terlibat dalam membekalkan rokok elektronik yang mengandungi bahan psikoaktif etomidate, atau dikenali sebagai Kpod, di bawah Akta Kawalan Tembakau dan Penguap (TVCA).

Dalam satu kenyataan pada 30 Jun, HSA menyatakan ini kali pertama kes seumpama itu berlaku di Singapura, menyusuli penangkapan empat lelaki semasa operasi penguatkuasaan pada 23 Jun yang...

Dua gempa besar gegar Venezuela, puluhan maut dan ratusan cedera
Play Video

140 keluarga terima agihan daging korban menerusi SalamSG
Play Video

Dari reban ke sawah: Anak ‘kota’ S’pura nikmati pengalaman unik di Pekan Nenas
Play Video

Kasih ibu bapa jadi ‘mata’ untuk anak yang lahir tanpa kelopak mata
Play Video

Nahas ‘rope jump’: Wanita maut terhempas kerana tali keselamatan tak dipasang
Play Video