KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah dijatuhi hukuman penjara 17 tahun oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, kerana menyebabkan kematian anak angkat perempuannya berusia tujuh bulan dengan mencubit, menampar dan menggigit mangsa sehingga lebam pada muka dan keseluruhan badannya, pada 2025.
Hakim Siti Shakirah Mohtarudin menjatuhkan hukuman itu ke atas Siti Subrina Imran, 39 tahun, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut...





