YANGON: Lebih 100,000 orang telah terbunuh dalam konflik di Myanmar sejak rampasan kuasa tentera pada 2021 yang mencetuskan perang saudara paling berdarah di Asia ketika ini, menurut kumpulan pemantau konflik antarabangsa.
Kumpulan Data Lokasi dan Peristiwa Konflik Bersenjata (ACLED) dalam laporan terbaharunya berkata sekurang-kurangnya 100,114 kematian berkaitan konflik direkodkan sejak tentera menggulingkan pemerintah awam pimpinan Cik Aung San Suu Kyi...





