JOHOR BAHRU: Johor terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pemacu ekonomi Malaysia apabila mencatat kadar pertumbuhan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) tertinggi di Malaysia bagi 2025, iaitu 8.0 peratus, mengatasi kadar pertumbuhan nasional sebanyak 5.2 peratus.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata pencapaian itu membuktikan bahawa segala usaha yang dilaksanakan menerusi Agenda Maju Johor 2030 berada di landasan tepat, selain...





