TAIPING (Perak): Lima warden Penjara Taiping di Perak didakwa di Mahkamah Majistret Taiping pada 3 Julai, kerana mencederakan tiga tahanan serta banduan, semasa insiden yang pada awalnya digambarkan sebagai ‘rusuhan’ oleh pihak penjara, pada Januari 2025.
Tertuduh Mohd Hairie Jumri, 40 tahun; Saiful Azman Mohamad Ibrahim, 44 tahun, dan Ahmad Rizal Razali, 37 tahun, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan...





