pelombong emas haram
DuniaJul 8, 2026 | 1:26 PM

Dua pelombong emas haram maut tertimbus tanah runtuh di Sumatera

MANDAILING NATAL (Indonesia): Dua pelombong emas haram maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kabupaten Mandailing Natal, Sumatera Utara, ketika pemerintah wilayah itu sedang memperhebat operasi membanteras lombong emas haram.

Mangsa dikenal pasti sebagai Encik Erlin Nasution dari Kampung Tarlola dan Encik Zulparman dari Kampung Aek Guo.

ireland
DuniaJul 8, 2026 | 3:20 PM

Ireland larang import barangan dari petempatan Israel

DUBLIN: Parlimen Ireland meluluskan rang undang-undang yang melarang import barangan dari petempatan Israel di wilayah Palestin yang diduduki, sekali gus menjadikan negara itu antara yang paling tegas di Eropah dalam mengambil tindakan terhadap dasar pendudukan Israel.

Rang Undang-Undang Larangan Import Barangan Petempatan Israel itu melarang kemasukan barangan yang dihasilkan di petempatan Israel di Tebing Barat, Baitulmakdis Timur dan kawasan lain...

Mantan Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Azam Baki, disiasat pihak berkuasa mengenai kontroversi pemilikan saham melebihi had dibenarkan dan dakwaan ugutan jenayah oleh sindiket didalangi pegawai SPRM yang dilabelkan sebagai ‘mafia korporat’. 
MalaysiaJul 8, 2026 | 3:19 PM

Suruhanjaya diraja kes mantan SPRM akan ditubuh selepas siasatan selesai

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan membabitkan pemilikan saham mantan Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Azam Baki, serta dakwaan kewujudan ‘mafia korporat’ dalam agensi itu, tidak boleh ditubuhkan, selagi siasatan pihak berkuasa belum selesai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata buat masa ini, siasatan oleh...

solat jumaat selangor
MalaysiaJul 8, 2026 | 3:06 PM

Sultan Selangor tak izin solat Jumaat di surau pusat beli-belah

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, tidak membenarkan mana-mana surau atau musala di pusat beli-belah di negeri itu mengadakan solat Jumaat, meskipun terdapat cadangan Kerajaan Persekutuan untuk memperluaskan pelaksanaannya di pusat beli-belah seluruh negara.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Salehuddin Saidin, berkata keputusan itu dibuat selaras dengan kuasa prerogatif Sultan selaku Ketua Agama Islam di Selangor.

Kedai-kedai di sepanjang laluan pejalan kaki tepi Sungai Yongjiang di Nanning, wilayah Guangxi, selatan China, ditenggelami banjir selepas sungai itu melimpah pada 7 Julai 2026. Hujan lebat akibat Taufan Maysak menyebabkan puluhan sungai melimpah, memaksa lebih 130,000 penduduk dipindahkan dan meragut sekurang-kurangnya 38 nyawa, manakala Presiden China, Xi Jinping, mengarahkan operasi menyelamat dijalankan secara habis-habisan.
DuniaJul 8, 2026 | 2:53 PM

Empangan pecah, tanah runtuh: Taufan Maysak ragut 38 nyawa di China

BEIJING: Pasukan penyelamat China meneruskan operasi mencari mangsa terselamat selepas ribut kuat dan banjir besar mengorbankan sekurang-kurangnya 17 orang, menyebabkan puluhan sungai melimpah serta sebuah empangan takungan pecah.

Pihak berkuasa memberi amaran hujan lebat dijangka berterusan pada 8 Julai, sekali gus meningkatkan risiko banjir susulan di beberapa wilayah yang sudah terjejas teruk.

Penyerang Argentina, Lionel Messi, kelihatan bergenang air mata ketika meraikan kemenangan dalam perlawanan pusingan 16 terakhir Piala Dunia Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) 2026 antara Argentina dengan Mesir di Stadium Atlanta, pada 7 Julai.
SukanJul 8, 2026 | 2:48 PM

Sentuhan ajaib Messi bantu selamatkan Argentina daripada tersingkir

ATLANTA (Amerika Syarikat): Penyerang sensasi Argentina, Lionel Messi, berdiri di tengah Stadium Atlanta sambil menangis teresak-esak di bahu rakan sepasukannya selepas menambah satu lagi kemenangan luar biasa dalam kerjaya Piala Dunianya yang gemilang.

Sebelumnya, ikon Argentina itu kelihatan kecewa di layar gergasi ketika Argentina ketinggalan 0-2 kepada Mesir dengan kurang 20 minit berbaki.

[BHGN 3] “Jawab di akhirat nanti?” Isu halal, fatwa dan tekanan dihadapi pemimpin agama S'pura
Play Video

[BHGN 2] “Jawab di akhirat nanti?” Isu halal, fatwa dan tekanan dihadapi pemimpin agama S'pura
Play Video

[BHGN 1] “Jawab di akhirat nanti?” Isu halal, fatwa dan tekanan dihadapi pemimpin agama S'pura
Play Video

Piala Podcast 2026 asah pemikiran kritis, bahasa Melayu pelajar
Play Video

Piala podcast 2026 perkasa bahasa melayu dalam landskap digital
Play Video