kos sara hidup, pekerja gaji rendah, pendapatan isi rumah
MalaysiaJul 14, 2026 | 2:27 PM

Pekerja gaji rendah masih terhimpit meski pendapatan isi rumah M’sia naik

KUALA LUMPUR: Peningkatan kos sara hidup di Malaysia terus memberi tekanan kepada isi rumah berpendapatan rendah dan golongan pekerja miskin, meskipun purata pendapatan isi rumah meningkat, kata Menteri Ekonomi, Encik Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Encik Akmal berkata data daripada Tinjauan Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2024 menunjukkan purata pendapatan isi rumah meningkat daripada RM8,479 ($2,686) pada 2022,...

Penyu belimbing, Terengganu, hatceri Rantau Abang
MalaysiaSep 3, 2026 | 1:18 PM

Penyu belimbing kembali mendarat di Terengganu selepas hampir sedekad

MARANG (Terengganu): Selepas hampir sedekad tidak kelihatan, penyu belimbing atau Leatherback Turtle yang merupakan spesies penyu terbesar di dunia dipercayai kembali mendarat di pesisiran pantai Terengganu, pada 1 September.

Kemunculan semula ‘gergasi samudera’ itu dikesan berdasarkan jejak fizikal bersaiz besar yang ditinggalkan di atas pasir, selain penemuan telur di dalam sarang oleh kakitangan Pejabat Perikanan Negeri Terengganu.

Serpihan runtuhan memenuhi sebuah rumah yang rosak susulan serangan berhampiran majlis perkahwinan di Kuhestak, daerah Sirik, selatan Iran, pada 2 September. Sekurang-kurangnya lima orang, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun, terbunuh dan 67 lagi cedera. Iran menuduh Amerika Syarikat melancarkan serangan itu, manakala analisis serpihan senjata menunjukkan bom yang digunakan dipercayai jenis bom luncur yang digunakan tentera Amerika.
DuniaSep 3, 2026 | 1:09 PM

Majlis perkahwinan bertukar tragedi selepas serangan AS di Iran

TEHERAN: Sebuah majlis perkahwinan yang sepatutnya menjadi malam penuh kegembiraan di sebuah bandar kecil di selatan Iran bertukar menjadi tragedi apabila sebuah bom dipercayai milik Amerika Syarikat menghentam kawasan kediaman itu, mengorbankan sekurang-kurangnya lima orang dan mencederakan 67 yang lain.

Antara yang terbunuh dalam serangan di Kuhestak, wilayah Hormozgan, pada malam 1 September itu ialah seorang kanak-kanak lelaki berusia enam...

Penduduk Palestin memeriksa sebuah kereta yang musnah akibat serangan udara Israel di Bandar Gaza pada 31 Ogos. Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, sekurang-kurangnya tiga rakyat Palestin terbunuh dalam serangan itu. Serangan terbaru berlaku ketika Menteri Pertahanan Israel, Encik Israel Katz, berkata Israel sudah mempunyai rancangan untuk memindahkan penduduk Gaza keluar dari wilayah itu dan hanya menunggu sokongan Amerika Syarikat sebelum ia dapat dilaksanakan.
DuniaSep 3, 2026 | 12:33 PM

Israel dakwa siap rancangan pindahkan penduduk Gaza, tunggu persetujuan AS

BAITULMAKDIS: Israel sudah menyediakan rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin keluar dari Jaluran Gaza dan hanya menunggu Amerika Syarikat menentukan negara yang bersedia menerima mereka, kata Menteri Pertahanan Israel, Encik Israel Katz.

Encik Katz berkata rancangan itu membolehkan penduduk Gaza dibawa keluar melalui laut, udara atau kaedah lain, sambil mendakwa penghijrahan penduduk merupakan sebahagian daripada penyelesaian jangka panjang bagi wilayah Palestin...

Keadaan bas yang remuk selepas terbalik di jalan Dahab-Nuweiba di wilayah Sinai Selatan, Mesir, pada 2 September. Bas itu membawa 43 penumpang ketika kemalangan berlaku, mengorbankan sekurang-kurangnya 22 orang dan mencederakan 28 yang lain.
DuniaSep 3, 2026 | 11:42 AM

Bas terbalik di Mesir ragut sekurang-kurangnya 22 nyawa

KAHERAH: Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan 28 lagi cedera selepas sebuah bas penumpang terbalik di Semenanjung Sinai, Mesir, pada 2 September, menurut Kementerian Kesihatan negara itu.

Kemalangan berlaku ketika bas tersebut dalam perjalanan antara Dahab dengan Nuweiba, dua bandar peranginan popular di pesisir Laut Merah, berhampiran Teluk Aqaba.

Sebuah rumah berwarna hijau kebiruan yang digelar “rumah ajaib” kekal berdiri di tengah kawasan dipenuhi lumpur selepas banjir kilat melanda sekitar Sungai Trishuli di daerah Nuwakot, Nepal, pada 2 September. Rumah milik keluarga Pyakurel itu menjadi perhatian ramai selepas terselamat daripada arus deras yang memusnahkan banyak bangunan dan prasarana di sekelilingnya.
DuniaSep 3, 2026 | 11:30 AM

‘Rumah ajaib’ kekal berdiri ketika banjir Nepal musnahkan sekeliling

KATHMANDU: Sebuah rumah hijau tiga tingkat yang kekal berdiri ketika arus banjir ganas memusnahkan hampir segala-galanya di sekelilingnya kini menjadi simbol luar biasa tentang kelangsungan hidup di tengah-tengah bencana besar Nepal.

Rumah milik keluarga Pyakurel di Dhunge Bazaar itu digelar sesetengah penduduk sebagai “rumah ajaib”, manakala pengunjung lain mengenalinya sebagai “rumah tular” selepas rakaman detik cemas keluarga tersebut tersebar luas...

‘Saya bukan AP, tapi ingin berkhidmat kepada penduduk’
Play Video

Peniaga F&B Punggol Container Park terkejut perlu kosongkan premis lebih awal
Play Video

Banjir Nepal-Tibet: Lebih 160 maut, pelancong dilapor hilang termasuk warga S’pura
Play Video

Ramai kawan ‘online’, tapi belia masih sunyi?
Play Video

Perkukuh kepimpinan, perkasa belia Melayu/Islam demi masa depan S’pura
Play Video