Mantan Presiden Singapura, Puan Halimah Yacob, menggesa negara-negara Asia Tenggara melabur secara berterusan dalam melahirkan generasi baharu “juara keharmonian” bagi memastikan keamanan dan perpaduan masyarakat terus terpelihara ketika dunia berdepan polarisasi yang semakin ketara.
Beliau berkata, kepelbagaian kaum, agama dan budaya yang selama ini menjadi kekuatan rantau ini boleh bertukar menjadi punca perpecahan jika setiap generasi gagal memupuk sikap saling...





