Apa khabar, adik-adik?
Individu yang ingin melakukan ibadah korban secara tempatan di masjid akan membuat bayaran terus kepada Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), dan bukan lagi kepada penyedia khidmat, mulai 2027.
Penyedia khidmat pula akan diberikan tempoh masa yang jelas untuk mendapatkan kelulusan yang diperlukan sebelum penjualan dibuka kepada orang ramai.
Ini adalah sebahagian daripada perubahan yang diumumkan MUIS pada 25 November bagi...
Semua penjawat awam akan menerima bonus akhir tahun sebanyak 1.55 bulan, kata Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) dalam satu pengumuman pada 25 November.
Ini merupakan peningkatan berbanding bonus akhir tahun 1.3 bulan pada 2025. Dengan bonus pertengahan tahun 0.45 bulan yang diumumkan pada Jun, penjawat awam akan menerima jumlah Komponen Berubah-ubah Tahunan (AVC) sebanyak dua bulan buat 2026.
Kakitangan awam dalam...
Pengguna aplikasi HealthHub kini boleh menyemak kekosongan slot di kesemua 28 poliklinik awam Singapura sebelum membuat janji temu.
Kemas kini itu membolehkan mereka melihat poliklinik di bawah ketiga-tiga kelompok jagaan kesihatan awam – NHG Health, Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS) dan SingHealth – yang masih mempunyai kekosongan atau sudah penuh.
Sistem ‘lampu isyarat’ baharu dalam aplikasi itu akan memaparkan tahap...
Gabungan pihak media, tokoh sukan dan rakan masyarakat berkesan dalam mengembangkan potensi kanak-kanak dan mencapai impian mereka, kata Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Zaqy Mohamad.
Memetik contoh Kem Bola Sepak Berita Harian (BH)-Singa Legends yang berlangsung dari 24 hingga 25 November, Encik Zaqy berkata kerjasama sedemikian memaparkan komitmen BH untuk terus mendekati masyarakat dan memainkan peranan dalam...
Sedang orang ramai bersenam di Esplanade – Teater Di Pesisiran, tiba-tiba mereka terdengar bunyi desingan dari atas, disusuli satu letupan.
Letupan itu menggegarkan kawasan terbuka, mencederakan enam orang.
Apabila debu dan asap mula reda, mereka yang terselamat menyedari mereka telah diserang dron membawa bom.
Mujur, kejadian mengerikan itu hanyalah sebahagian daripada Exercise Heartbeat, latihan antipengganasan dan kesediaan kecemasan melibatkan Pasukan...





