Penumpang yang menggunakan empat platform teksi atau kereta sewa privet untuk menempah perjalanan akan terus dikenakan caj tambahan sehingga akhir September, bagi membantu pemandu menangani kos operasi yang kian meningkat.
Dalam satu hantaran di Facebook pada 22 Julai, Persatuan Kenderaan Sewa Privet Nasional (NPHVA) mengumumkan bahawa CDG Zig, Grab, Gojek dan Tada akan melanjutkan caj pemandu masing-masing sehingga 30 September.





