Pelawak, pelakon dan penyampai radio setempat, Suhaimi Yusof, mengakui beliau masih diselubungi rasa teruja selepas bergelar datuk buat kali pertama apabila cucu sulungnya, Akiff Muaz Amirul, dilahirkan baru-baru ini pada 21 Julai.
Malah, keterujaan itu begitu sukar digambarkan sehingga beliau mengambil cuti selama tiga hari kerana tidak dapat memberi tumpuan kepada kerja.





