remaja, radikal sendiri, Singapura, ideologi ekstremis ganas, serangan di Singapura
SingapuraJul 27, 2026 | 7:46 PM

3 kes remaja jadi radikal sendiri, rancang lakukan serangan di S’pura

Tiga remaja lelaki warga Singapura telah dikenakan Perintah Tahanan (DO) secara berasingan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menjadi radikal sendiri secara dalam talian akibat terdedah kepada ideologi ekstremis ganas, dan telah membuat persiapan untuk melaksanakan serangan di dalam negara.

Seorang pelajar menengah empat berusia 15 tahun yang menjadi radikal sendiri susulan kejadian serangan Hamas terhadap Israel pada...

Cik Aber Kawas, aktivis berketurunan Palestin, mencatat sejarah sebagai individu Palestin Amerika pertama dipilih menganggotai Dewan Perundangan Negeri New York selepas memenangi kerusi Senat Negeri bagi Daerah ke-12 dalam pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat (AS) pada 3 November 2026. Calon Parti Demokrat itu, yang keluarganya berasal dari Palestin, memperjuangkan isu perumahan mampu milik, penjagaan kesihatan, hak pendatang serta menentang bantuan ketenteraan AS kepada Israel. Kemenangannya mencerminkan peningkatan pengaruh politik masyarakat Arab dan Islam Amerika meskipun berdepan sentimen anti-Islam.
DuniaNov 5, 2026 | 1:27 PM

Calon Islam, Arab cipta sejarah dalam pilihan raya AS

WASHINGTON: Calon berketurunan Arab dan beragama Islam mencatat kemenangan bersejarah dalam pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat pada 3 November, apabila ramai daripada mereka berjaya memenangi kerusi Kongres dan dewan perundangan negeri walaupun berdepan kempen politik yang dicemari sentimen anti-Islam.

Sekurang-kurangnya tujuh calon Islam dilaporkan berjaya dipilih menganggotai Kongres, terdiri daripada seorang senator dan enam anggota Dewan Perwakilan.

Yip Pin Xiu (tiga dari kanan) menerima anugerah Atlet Wanita Terbaik daripada Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik David Neo (tiga dari kiri), pada majlis Anugerah Sukan Kurang Upaya Singapura (SDSA) pada 4 November. Turut hadir ialah (dari kiri) Pengurus Besar Kumpulan Haw Par Corporation, Encik Brian Loo; Ketua Pegawai Eksekutif Tote Board, Encik Mark Tan; penaung Majlis Sukan Kurang Upaya Singapura (SDSC), Cik Ho Ching; serta Presiden SDSC dan Majlis Paralimpik Kebangsaan Singapura, Cik Teo-Koh Sock Miang.
SukanNov 5, 2026 | 1:16 PM

Yip Pin Xiu, Toh Wei Soong raih anugerah utama di Anugerah Sukan Kurang Upaya S’pura 2026 

Perenang para negara, Yip Pin Xiu, mempunyai kerjaya yang penuh dengan pingat dan telah menerima banyak anugerah sepanjang tahun.

Pada 4 November, beliau menambah satu lagi trofi ke dalam koleksinya apabila dinobatkan sebagai Atlet Wanita Terbaik sekali lagi di Anugerah Sukan Kurang Upaya Singapura (SDSA).

Federico Valverde dari Real Madrid meraikan jaringan gol ketiga pasukannya ketika menentang AEK Athens pada 4 November.
SukanNov 5, 2026 | 1:06 PM

Valverde wira Madrid, Liverpool tersungkur di tangan Fenerbahce 

ATHENS: Federico Valverde menjaringkan gol pada waktu kecederaan untuk memberi Real Madrid kemenangan 3-2 dalam Liga Juara-Juara di gelanggang AEK Athens pada 4 November.

Sementara itu, Liverpool dua kali mendahului perlawanan tetapi akhirnya tewas 3-2 kepada Fenerbahce.

Orang ramai menuju ke pusat pengundian di Pusat Komuniti Canfield, Dearborn Heights, Michigan, pada 3 November. Di Michigan, calon Parti Demokrat, Dr Abdul El-Sayed, mencatat sejarah sebagai individu Islam pertama dipilih menganggotai Senat Amerika selepas menewaskan calon Republikan, Encik Mike Rogers.
DuniaNov 5, 2026 | 12:45 PM

Agama bukan faktor kemenangan El-Sayed dirai pengundi Islam

WASHINGTON: Kemenangan bersejarah Dr Abdul El-Sayed sebagai senator Islam pertama Amerika Syarikat disambut dengan penuh kegembiraan oleh masyarakat Islam negara itu, tetapi sokongan yang diterimanya bukan semata-mata kerana beliau berkongsi agama dengan mereka.

Sebaliknya, ramai pengundi Islam melihat kemenangan calon Parti Demokrat berusia 42 tahun itu sebagai kejayaan seorang pemimpin yang memperjuangkan isu kehidupan seharian rakyat, termasuk kos sara hidup,...

Dr Abdul El-Sayed (kiri) bersama isterinya, Dr Sarah Jukaku, seorang pakar psikiatri berketurunan India, ketika menikmati hidangan di sebuah restoran. Dr El-Sayed, 42 tahun, mencatat sejarah sebagai individu Islam pertama dipilih menganggotai Senat Amerika Syarikat (AS) selepas menewaskan calon Parti Republikan, Encik Mike Rogers, dalam pilihan raya pertengahan penggal pada 3 November 2026. Dr Sarah, yang keluarganya berasal dari Bhatkal, Karnataka, India, memainkan peranan penting dalam kempen suaminya, termasuk tampil berucap bagi meraih sokongan pengundi di Michigan.
DuniaNov 5, 2026 | 11:44 AM

Kisah isteri di sebalik kemenangan senator Islam pertama AS

WASHINGTON: Kemenangan bersejarah Dr Abdul El-Sayed sebagai individu Islam pertama dipilih menganggotai Senat Amerika Syarikat bukan sahaja mencetuskan kegembiraan dalam kalangan masyarakat Islam negara itu, malah turut diraikan penduduk sebuah bandar kecil di India.

Di sebalik kejayaan ahli politik Parti Demokrat berusia 42 tahun itu, perhatian turut tertumpu kepada isterinya, Dr Sarah Jukaku, seorang pakar psikiatri kelahiran Michigan yang mempunyai...

Takkan bosan di Busan: 4 tempat dan pengalaman menarik
Play Video

Santunan Emas diperluas ke empat lagi masjid
Play Video

Dari Pulau Semakau ke Terumbu, cita rasa Orang Laut terus diwarisi
Play Video

2 maut selepas nahas di Tampines libat kereta, motosikal
Play Video

Kerja Bebas atau Gaji Terjamin: Foodpanda Lancar Skim Pekerja Tetap
Play Video