Membesar melihat deretan model kapal terbang Singapore Airlines (SIA) yang tersusun di tempat letak televisyen di rumahnya, Encik Haqqan Yaqeen Abdul Rahim, 21 tahun, menganggap ia sesuatu yang menarik.
Dibesarkan dalam keluarga yang menceburi bidang penerbangan, beliau sering mendengar kisah pengalaman arwah datuknya, Encik Mohamoad Walat, yang telah berkhidmat dalam syarikat pengendali kargo udara, khidmat darat dan katering dalam penerbangan,...





