rundingan gaza
DuniaJul 29, 2026 | 10:39 AM

Hamas kemuka formula baharu, rundingan fasa kedua Gaza diteruskan di Kahirah

KAHIRAH/GAZA: Hamas memulakan rundingan baharu di Kahirah pada 28 Julai bagi mempercepat pelaksanaan fasa kedua perjanjian gencatan senjata di Gaza dengan mengemukakan beberapa cadangan kompromi, termasuk mengenai masa depan senjata kumpulan itu dan kedudukan kakitangan awam yang berkhidmat di wilayah berkenaan.

Delegasi Hamas dijadual mengadakan pertemuan dengan pengantara dari Mesir, Qatar dan Turkey, selain mengadakan rundingan berasingan dengan pegawai Mesir...

Seorang pekerja membersihkan peti sejuk yang dikosongkan di pasar raya SuperValu di Dublin, Ireland, pada 2 November 2026, selepas serangan siber menjejas sistem penyejukan di 13 daripada 223 cawangannya, menyebabkan makanan sejuk dan beku terpaksa dikeluarkan daripada jualan. Serangan yang turut melanda beberapa negara Eropah itu menyaksikan penggodam mengubah tetapan suhu peti sejuk dan peti beku sehingga mencecah 50 darjah Celsius, mengakibatkan kerosakan makanan dan kerugian besar kepada peniaga.
DuniaNov 3, 2026 | 2:26 PM

Serangan siber lumpuhkan peti sejuk pasar raya di sembilan negara Eropah

BRUSSELS: Puluhan pasar raya di sekurang-kurangnya sembilan negara Eropah menjadi sasaran serangan siber yang menyebabkan sistem peti sejuk dan peti beku gagal berfungsi, memaksa peniaga membuang makanan bernilai ratusan ribu euro selepas suhu peralatan itu meningkat secara mendadak.

Serangan pada 2 November itu menjejas pasar raya di Belgium, Luxembourg, Sweden, Ireland, Belanda, Estonia, Finland, Italy dan Portugal sekali gus mencetuskan...

Grab merupakan syarikat perkhidmatan tempahan kenderaan dan penghantaran terbesar di Asia Tenggara.
SingapuraNov 3, 2026 | 2:25 PM

Grab Holdings naikkan ramalan 2026 susulan permintaan kukuh

Grab Holdings menaikkan ramalan hasil dan keuntungan setahun penuh selepas pendapatan suku tahunan mereka melebihi anggaran.

Ini menunjukkan syarikat itu yakin permintaan yang semakin meningkat untuk tempahan tumpangan dan penghantaran makanan di Asia Tenggara akan mengatasi halangan peraturan.

Sebuah kenderaan melalui sepanduk kempen pilihan raya yang memaparkan wajah pemimpin Joint List, Encik Yousef Jabareen, di Umm al-Fahm, utara Israel, pada 10 Oktober 2026. Encik Jabareen menggesa parti pembangkang menerima sokongan parti Arab bagi menamatkan pemerintahan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, selepas Joint List dan Raam memenangi keseluruhan 19 kerusi dalam pilihan raya umum pada 27 Oktober, sekali gus muncul sebagai penentu penting pembentukan kerajaan baharu.
DuniaNov 3, 2026 | 2:08 PM

Parti Arab penentu nasib Netanyahu gesa pembangkang bersatu bentuk pemerintah

NAZARETH: Parti-parti pembangkang Israel digesa mengetepikan perbezaan politik dan menerima sokongan parti Arab bagi menamatkan pemerintahan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, selepas pilihan raya umum pada 27 Oktober gagal menghasilkan mana-mana gabungan yang memperoleh majoriti jelas.

Gesaan itu dibuat pemimpin Joint List, Encik Yousef Jabareen, yang menegaskan bahawa keputusan pilihan raya membuktikan kerajaan baharu tidak mungkin dibentuk tanpa kerjasama parti Arab.

Menteri Tenaga dan Sumber Mineral Indonesia, Encik Bahlil Lahadalia, menegaskan bahawa negaranya akan mengutamakan keperluan bekalan elektrik domestik sekiranya Singapura tidak bersetuju dengan harga eksport yang ditetapkan Jakarta. Indonesia sebelum ini merancang mengeksport sehingga tiga gigawatt (GW) elektrik bersih ke Singapura, namun pelaksanaannya bergantung pada persetujuan harga yang menguntungkan Indonesia.
DuniaNov 3, 2026 | 1:51 PM

Menteri: Indonesia hanya akan eksport elektrik ke Singapura jika harga sesuai

JAKARTA: Indonesia menegaskan bahawa rancangan mengeksport sehingga tiga gigawatt (GW) elektrik bersih ke Singapura mungkin tidak diteruskan dalam masa terdekat kerana keperluan tenaga domestik perlu diutamakan, selain menegaskan sebarang penjualan mesti mengikut harga yang ditetapkan Jakarta.

Menteri Tenaga dan Sumber Mineral Indonesia, Encik Bahlil Lahadalia, berkata negaranya tidak akan berkompromi mengenai harga eksport elektrik semata-mata untuk memenuhi permintaan Singapura.

Pengembara Britain, Encik Karl Bushby (tengah, kiri), 57 tahun, dikelilingi orang ramai yang menyambut kepulangannya ketika berjalan menuju ke rumah ibunya selepas menghadiri majlis sambutan di Dewan Bandar Raya Hull, timur laut England, pada 2 November 2026. Bekas anggota pasukan payung terjun itu menamatkan pengembaraan luar biasa sejauh 50,000 kilometer merentasi empat benua dan 30 negara selama 28 tahun, sejak memulakan perjalanan dari Punta Arenas, Chile, pada November 1998. Beliau bertekad pulang ke rumah ibunya tanpa menggunakan kapal terbang, kereta api, bot atau sebarang kenderaan, sehingga terpaksa meredah kawasan berbahaya, menyeberangi perairan berais dan berenang merentasi lautan
DuniaNov 3, 2026 | 1:39 PM

Lelaki Britain tamat pengembaraan 28 tahun berjalan kaki keliling dunia 50,000km

HULL (England): Selepas 28 tahun mengembara merentasi empat benua dan 30 negara, seorang lelaki Britain akhirnya pulang ke rumah ibunya, sekali gus menamatkan perjalanan luar biasa sejauh 50,000 kilometer mengelilingi dunia tanpa menggunakan sebarang kenderaan.

Karl Bushby, 57 tahun, disambut dengan tangisan kegembiraan oleh ibunya, Cik Angela, apabila tiba di rumah keluarga mereka di Hull, utara England, pada 2 November.

Santunan Emas diperluas ke empat lagi masjid
Play Video

Dari Pulau Semakau ke Terumbu, cita rasa Orang Laut terus diwarisi
Play Video

2 maut selepas nahas di Tampines libat kereta, motosikal
Play Video

Kerja Bebas atau Gaji Terjamin: Foodpanda Lancar Skim Pekerja Tetap
Play Video

Kos Sara Hidup & Perumahan: Pasangan Kongsi Cabaran Bina Keluarga
Play Video