Pelajar Singapura, Cik Siti Aishah Siregar Sahat Siregar, 20 tahun, yang ditemui di Kemboja selepas dilaporkan hilang oleh keluarganya, telah selamat pulang ke Singapura, menurut satu hantaran Facebook abang Cik Aishah, Encik Muhammad Syafiq Siregar, pada 2 Ogos.
Menurut kenyataan oleh Encik Syafiq, bagi mewakili keluarganya, mereka memohon orang ramai untuk memberi ruang dan privasi kepada mereka sekeluarga untuk pulih...





