Berita Harian (BH) memperkukuh kerjasamanya dengan Maybank setelah institusi kewangan itu dilantik sebagai penyampai rasmi Anugerah Jauhari BH 2026.
Dengan kerjasama itu, satu kategori anugerah baharu diperkenal, Anugerah Perkasa BH-Maybank, yang memberi pengiktirafan kepada individu yang berjaya mengatasi cabaran sosioekonomi untuk mencapai kejayaan.





