KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia mengutamakan keterjaminan tenaga negara dengan mempelbagaikan akses kepada sumber gas berskala besar, yang berpotensi memperluaskan pilihan bekalan dan meningkatkan daya tahan keselamatan tenaga.
Menurut Kementerian Ekonomi, susulan keadaan pasaran tenaga sejagat yang tidak menentu akibat ketegangan geopolitik, tumpuan terus diberikan untuk mempelbagaikan sumber bekalan dengan mengurangkan kebergantungan kepada mana-mana negara atau satu pasaran sahaja.





