Bahasa Melayu bukan sekadar alat komunikasi, malah menjadi wadah yang menyatukan masyarakat serta membentuk jati diri rakyat Singapura, kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Pendidikan, Encik David Neo.
Berucap dalam bahasa Melayu di majlis pelancaran Bulan Bahasa 2026 di Kampus Mediacorp, beliau berkata bahasa tersebut memainkan peranan penting dalam memelihara kisah generasi perintis, meluahkan aspirasi masa depan,...





