Menggunakan peranti seperti telefon bimbit yang dipasang pada pemegang peranti semasa kenderaan bergerak tidak melanggar undang-undang yang diperbaharui, jika ia dilakukan dengan alasan yang sah seperti menggunakan aplikasi navigasi.
Namun, jika seseorang pemandu atau penunggang motosikal menggunakan peranti bagi tujuan tidak sah yang menjejaskan keupayaannya mengawal kenderaan tersebut, beliau masih boleh dikenakan tindakan kerana kesalahan memandu secara lalai atau berbahaya...





