Pemandu yang menyebabkan kemalangan berantai melibatkan enam kenderaan di Tampines pada 2024, sehingga meragut nyawa seorang pelajar maktab rendah (JC) dan seorang wanita berusia 57 tahun, telah mengaku bersalah atas tuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian.
Mahkamah pada 6 Ogos diberitahu bahawa ibu pelajar berkenaan mengalami gangguan kemurungan utama (MDD) serta gangguan tekanan pascatrauma (PTSD) setelah kehilangan anak perempuannya...





