KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia menafikan dakwaan yang tular kononnya ia ‘memberikan kewarganegaraan Malaysia secara borong’ kepada warga asing, dan 1.2 juta rakyat China tidak keluar dari Malaysia adalah tidak benar.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata beliau telah menafikan dakwaan berkenaan berkali-kali, namun masih ada pihak yang sengaja mengitar semula video, poster dan naratif...





