Sepanjang setahun yang lalu, saya banyak mendampingi masyarakat Melayu/Islam dan bersama anda dalam pelbagai program dan kegiatan.
Anda membuka pintu hati anda, menerima kehadiran saya dengan penuh mesra di majlis berbuka puasa, acara kebudayaan serta sesi bersama masyarakat.
Semasa sesi-sesi ini, anda berkongsi harapan, kebimbangan dan aspirasi anda dengan jujur dan ikhlas.
Ramai juga terus memberi saya semangat untuk belajar...




