Walaupun dibesarkan dalam sistem pendidikan yang sebahagian besarnya sekular, perjalanan Ustaz Muhammad Faris Abd Kadir untuk mendekati Al-Quran tidak semudah yang disangkanya.
Semasa di sekolah menengah, beliau pernah mengikuti kelas madrasah di hujung minggu, namun berhenti kerana hilang motivasi dan ingin memberi tumpuan kepada pelajaran di sekolah.





