KATHMANDU: Sanggup mencuri barang kemas daripada mayat mangsa banjir. Itu tindakan tidak berperikemanusiaan dua lelaki di Nepal yang ditahan selepas didakwa menanggalkan subang emas daripada mayat seorang wanita yang dihanyutkan arus deras.
Memetik laporan NDTV India, kedua-dua lelaki berkenaan ditahan selepas rakaman video perbuatan mereka tular di media sosial ketika operasi bantuan dan menyelamat masih giat dijalankan susulan banjir besar...





