Cinta kepada Rasulullah saw bukan sekadar dinyatakan di bibir.
Ia berjalan seiring dengan tanggungjawab.
Cinta kepada Rasulullah saw bukan sekadar dinyatakan di bibir.
Ia berjalan seiring dengan tanggungjawab.
Sedang orang ramai bersenam di Esplanade–Theatres on the Bay, tiba-tiba mereka terdengar bunyi desingan dari atas, disusuli satu letupan.
Letupan itu menggegarkan kawasan terbuka, mencederakan enam orang.
Apabila debu dan asap mula reda, mereka yang terselamat menyedari mereka telah diserang dron membawa bom.
Mujur, kejadian mengerikan itu hanyalah sebahagian daripada ‘Exercise Heartbeat’, latihan antipengganasan dan kesediaan kecemasan melibatkan Pasukan Polis...
Pengasas syarikat pengendali pusat makanan dan kedai kopi, Koufu Group, Encik Pang Lim, telah menderma $50,000 kepada Dana Wang Saku Sekolah The Straits Times (STSPMF) yang menyokong kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah.
Sebahagian daripada pendapatan itu diperoleh menerusi jualan bukunya, Yan Huo Sui Yue Zi Zai Xing (Menikmati Kehidupan dengan Tenang dalam Kesederhanaan Sehari-hari).
Encik Pang, yang juga pengerusi kumpulan...
Meskipun keputusan mahkamah mungkin membawa kepada semakan amalan badan eksekutif, rundingan awam atau tindakan perundangan, ini tidak bermakna badan kehakiman mengambil alih peranan politik, kata Ketua Hakim (CJ) Encik Sundaresh Menon pada 25 November.
Dialog perlembagaan berlaku apabila keputusan satu cabang pemerintahan membawa kepada tindakan cabang lain dalam batas bidang kuasanya menurut perlembagaan.
Beliau berkata demikian di Persidangan Kedaulatan Undang-Undang...
KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak memutuskan untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-13 sebagai tanda menghormati semangat kerjasama serta muafakat politik dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam Kerajaan Persekutuan.
Keputusan itu diumumkan menerusi kenyataan bersama tiga pemimpin parti iaitu Penasihat PKR Sarawak, Datuk Seri Hafsah Harun; Naib Presiden PKR Pusat, Encik Roland Engan; dan Pengerusi Majlis Pimpinan...
Ketika perairan Asia Tenggara menjadi semakin panas, satu-satunya kemudahan penyelidikan marin luar pesisir Singapura sedang menubuhkan sebuah rangkaian serantau bagi memantau dan mengkaji perairan rantau ini yang kaya dengan kepelbagaian biologi.
Rangkaian Stesen Penyelidikan Marin Asia Tenggara – yang menghimpunkan lima negara Asean setakat ini – diwujudkan tatkala gelombang haba marin menjadi semakin kerap dan ekstrem, dengan kejadian besar seterusnya...





