Pusat Islam San Diego selepas serangan bersenjata pada 18 Mei 2026 yang mengorbankan tiga anggota masyarakat Islam, Amir Abdullah, Mansour Kaziha dan Nadir Awad. Ketiga-tiga mangsa dilaporkan cuba menghalang dua penyerang daripada mara lebih jauh ke dalam masjid, sekali gus membantu melindungi kira-kira 140 kanak-kanak yang berada di dalam bangunan ketika kejadian. Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di North Carolina kemudian didakwa membantu dan bersubahat dalam serangan itu, termasuk membantu menyebarkan rakaman serangan dan manifesto penyerang.
DuniaSep 1, 2026 | 11:41 AM

Remaja 17 tahun didakwa bunuh, bantu siar langsung serangan masjid di San Diego

NORTH CAROLINA: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun didakwa atas tuduhan membunuh selepas pihak berkuasa Amerika Syarikat menuduhnya membantu dua penyerang merancang untuk merakam, menyiarkan secara langsung dan menyebarkan serangan di sebuah masjid di San Diego yang mengorbankan tiga orang pada Mei lalu.

Sarah Santiago dari Forsyth County, North Carolina, ditahan minggu lalu sebelum juri agung pada 31 Ogos mendakwanya...

Kesan kemusnahan di sepanjang Sungai Trishuli, lokasi Sekolah Menengah Tribhuvan Trishuli sebelum bangunan sekolah itu dihanyutkan banjir kilat dan aliran lumpur yang membawa maut, di Nuwakot, Nepal, pada 31 Ogos. Tindakan pantas pengetuanya, Encik Rajendra Dawadi, mengarahkan kira-kira 900 pelajar berpindah ke kawasan lebih tinggi beberapa minit sebelum banjir melanda berjaya menyelamatkan mereka.
DuniaSep 1, 2026 | 2:13 PM

Pengetua selamatkan 900 pelajar Nepal, sekolah musnah 13 minit kemudian

KATHMANDU: Hanya sekitar 13 minit memisahkan amaran pertama yang diterima Encik Rajendra Dawadi dengan detik arus deras membawa lumpur dan serpihan menghanyutkan sekolahnya di Nepal.

Dalam tempoh yang amat singkat itu, pengetua Sekolah Menengah Tribhuvan Trishuli di Nuwakot tersebut membuat keputusan yang akhirnya menyelamatkan kira-kira 900 pelajar daripada menjadi mangsa banjir besar yang melanda negara itu pada 26 Ogos.

Perubahan perundangan yang bakal diperkenalkan bagi mewajibkan semakan umur akan menyokong pelaksanaan langkah keselamatan wajib bagi pengguna remaja.
SingapuraSep 1, 2026 | 2:03 PM

Had masa harian media sosial dipertimbang buat remaja S’pura 

Had masa harian penggunaan media sosial merupakan salah satu daripada beberapa langkah keselamatan wajib untuk remaja yang sedang dipertimbangkan oleh pemerintah bagi menangani ketagihan dan interaksi berbahaya.

Langkah itu dapat membantu mewujudkan titik henti semula jadi, kata Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI), Cik Josephine Teo, dalam satu temu bual media pada 28 Ogos.

Diplomat veteran, Tommy Koh, Anugerah Ramon Magsaysay 2026
SingapuraSep 1, 2026 | 1:58 PM

Diplomat veteran, Tommy Koh, diiktiraf Anugerah Ramon Magsaysay 2026

Diplomat veteran, Profesor Tommy Koh, telah dinobatkan sebagai salah seorang daripada tiga pemenang Anugerah Ramon Magsaysay 2026.

Anugerah yang dinamakan sempena mantan presiden ketujuh Filipina itu ditubuhkan pada 1957 sebagai peringatan kepadanya, mengiktiraf individu dan organisasi yang menyumbang secara signifikan kepada rantau Asia.

Persatuan siber M’sia, MyDigital ID, sahkan usia pengguna media sosial
MalaysiaSep 1, 2026 | 1:37 PM

Persatuan siber M’sia cadang MyDigital ID untuk sahkan usia pengguna media sosial

PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Siber Malaysia mencadangkan kerajaan untuk memanfaatkan penggunaan MyDigital ID berbanding MyKad (kad pengenalan) atau pasport bagi pengesahan usia untuk pendaftaran dan pemilikan akaun media sosial.

Presidennya, Encik Mohamad Sirajuddin Jalil, berkata terdapat perbezaan bagi pengesahan usia dan pengesahan identiti, sekali gus penggunaan MyDigital ID dilihat langkah terbaik bagi tujuan itu.

PM Anwar, Putrajaya, Hari Kebangsaan.
MalaysiaSep 1, 2026 | 1:31 PM

Anwar hargai semangat petugas, rakyat jayakan Hari Kebangsaan

PETALING JAYA: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menzahirkan penghargaan kepada seluruh petugas yang mencurahkan tenaga, masa dan keringat bagi memastikan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 berlangsung dengan lancar.

Beliau berkata setiap pihak termasuk anggota keselamatan, penjawat awam, pasukan teknikal dan perubatan, petugas kebersihan, kontinjen, penggiat seni, warga media serta sukarelawan memainkan peranan penting dalam menjayakan sambutan berkenaan.

Banjir Nepal-Tibet: Lebih 160 maut, pelancong dilapor hilang termasuk warga S’pura
Play Video

Ramai kawan ‘online’, tapi belia masih sunyi?
Play Video

Perkukuh kepimpinan, perkasa belia Melayu/Islam demi masa depan S’pura
Play Video

Lebih sokongan untuk ibu bapa besarkan anak
Play Video

PM Wong gesa masyarakat beri sokongan kepada Zaqy, kepimpinan Melayu/Islam
Play Video