Aku tahu amat segala-galanya, Marlina. Sesuatu rahsia tidak boleh disimpan atau disembunyikan lama-lama. Silap hari, tembelang boleh pecah. Hakikat pekat ini tidak pernah salah alamat. Kamu sendiri mengalaminya. Tentu kamu lebih tahu, bukan?
Usah diulangi lagi. Jangan suka melawak dengan berkata: “Aku berjanji tidak akan nakal dan melakukan yang tidak sepatutnya. Tapi kalau buat nakal lagi, aku berjanji lagi...”





