KUALA LUMPUR: Pelakon Nelydia Senrose, 28 tahun, memaklumkan keadaan kakaknya, Uqasha Senrose dan abang iparnya, Kamal Adli kini berada dalam keadaan baik.
Bagaimanapun, Nelydia atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen berkata, kedua-duanya masih trauma selepas insiden Kamal diserang individu yang tidak dikenali ketika sesi bertemu peminat di Dewan Singapore Expo pada 12 Mac lalu.






