KUALA LUMPUR: Cadangan memendekkan tempoh mengerjakan haji, terutamanya bagi jemaah muassasah tidak dapat membantu Tabung Haji (TH) mengurangkan kos ibadat berkenaan, malah hanya akan menaikkan kos.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, berkata memendekkan tempoh menyebabkan jemaah haji menginap di Makkah dan Madinah semasa waktu kemuncak haji, sekali gus menyumbang kepada kenaikan kos.





