KUALA TERENGGANU: Seorang pegawai perkhidmatan awam dan kakak iparnya ditahan polis selama lima hari mulai Selasa untuk membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa membabitkan perolehan bekalan bagi sebuah jabatan persekutuan sejak 2019.
Perintah reman terhadap ketua pembantu tadbir berusia 44 tahun dan pemilik syarikat berusia 39 tahun itu dikeluarkan Majistret Encik Nik Tarmizie Nik Mohd Sukri.





