MUNICH: Bintang Bayern Munich Sadio Mane digugurkan daripada skuad yang bakal menentang Hoffenheim selepas beliau dilapor menumbuk rakan sepasukannya, Leroy Sane.
Media di Jerman melaporkan Mane menumbuk muka Sane menyusuli kekalahan 3-0 kepada Manchester City di Stadium Etihad pada Rabu. Mereka terpaksa dipisahkan oleh rakan sepasukan dalam insiden selepas perlawanan Liga Juara-Juara Eropah itu.






