Bapa mangsa mengaku bersalah atas tuduhan rogol, mencabul kehormatan dan tuduhan pecah amanah jenayah.
Jenayah dan mahkamahSep 7, 2026 | 6:24 PM

Perogol nampak anak perempuannya lapor polis, tukar pakaian di rumah, kemudian serah diri

Selepas bapanya merogolnya, remaja perempuan berusia 15 tahun itu melarikan diri ke pusat polis kejiranan (NPC) ketika lelaki itu sedang mandi.

Apabila pergi mencari anaknya dan melihat remaja itu sedang duduk di dalam NPC, bapanya tahu semuanya sudah berakhir.

Muhammad Syafie Ismail, pemandu kes kemalangan di Tampines pada 2024 yang mengorbankan dua nyawa dan mencederakan lapan yang lain, akan dijatuhi hukuman pada 5 Oktober. 2026.
Jenayah dan mahkamahSep 7, 2026 | 7:15 PM

Pendakwa Raya mohon jel 13½ tahun, larangan memandu seumur hidup bagi pemandu nahas maut di Tampines

Pihak pendakwaan memohon hukuman penjara antara 12 tahun sembilan bulan dengan 13 tahun setengah ke atas pemandu kes kemalangan maut di Tampines yang menyebabkan dua nyawa terkorban pada 2024.

Pada Ogos lalu Muhammad Syafie Ismail, 45 tahun, telah mengaku bersalah atas tiga tuduhan – memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian, menyebabkan kecederaan parah, dan menyebabkan kecederaan.

Lion City Sailors, Liga Perdana Singapura, bola sepak, Tampines Rovers
SukanSep 7, 2026 | 7:00 PM

Sailors hantar mesej amaran kepada pencabar SPL selepas tundukkan Tampines

Dengan kemenangan 2-0 ke atas Tampines Rovers, Lion City Sailors telah menghantar mesej jelas kepada pencabar mereka – juara bertahan itu mungkin lebih sukar untuk dihentikan musim ini.

Apa yang mungkin lebih membimbangkan pasukan lain dalam Liga Perdana Singapura (SPL) ialah Sailors berjaya melakukannya tanpa mengeluarkan semua ‘senjata utama’ mereka.

Palang Merah Singapura (SRC) berkata pada 7 September bahawa ia akan mempertingkatkan usaha membantu golongan yang mudah terjejas akibat mutu udara buruk.
SingapuraSep 7, 2026 | 6:27 PM

Palang Merah S’pura agih alat pembersih udara, pek bantuan susulan jerebu, cuaca panas

Seramai 700 orang di Singapura akan menerima barangan keperluan seperti alat pembersih udara dan minuman isotonik dalam beberapa hari akan datang bagi membantu mereka menghadapi jerebu dan cuaca panas.

Dalam kenyataan pada 7 September, Palang Merah Singapura (SRC) berkata ia akan mempertingkatkan responsnya bagi membantu golongan yang mudah terjejas akibat mutu udara buruk.

Datuk Aaron Aziz bergambar bersama Sheikh Haikel di Makkah pada September 2025, apabila mereka menunaikan umrah bersama.
Mata-mataSep 7, 2026 | 6:07 PM

Rakan artis tampil beri sokongan kepada Sheikh Haikel

Pelakon tempatan Datuk Aaron Aziz tampil menyuarakan sokongan dan menitipkan doa buat sahabatnya, penyanyi dan selebriti tempatan Sheikh Haikel, yang kini sedang menjalani rawatan selepas disahkan menghidap barah usus tahap empat dan telah menjalani pembedahan.

Menerusi satu hantaran di TikTok pada 6 September, Aaron mengimbas kembali persahabatan mereka termasuk pengalaman menunaikan umrah bersama Sheikh Haikel dan isterinya, Anna Belle Seri...

Penyokong parti sayap kanan Alternatif untuk Jerman (AfD) mengibarkan bendera Jerman selepas pusat pengundian ditutup bagi pilihan raya negeri Saxony-Anhalt di Magdeburg, Jerman, pada 6 September 2026. AfD mencatat kemenangan besar dengan meraih kira-kira 44 peratus undi, tetapi gagal memperoleh majoriti mutlak untuk membentuk pemerintah sendiri
DuniaSep 7, 2026 | 5:58 PM

Kemenangan besar parti sayap kanan di timur Jerman gegarkan politik Eropah

BERLIN: Parti sayap kanan Alternatif untuk Jerman (AfD) mencatat kemenangan besar dalam pilihan raya negeri Saxony-Anhalt pada 6 September, tetapi gagal memperoleh majoriti mutlak yang diperlukan untuk membentuk pemerintah sendiri.

Berdasarkan keputusan hampir muktamad, AfD meraih kira-kira 44 peratus undi dan dijangka menguasai 39 daripada 83 kerusi Parlimen negeri itu.

Mahu elak anak makan bersepah cetus idea jual dadih dalam pek minuman
Play Video

Sheikh Haikel hidap bara usus tahap empat
Play Video

Menghidupkan semula hidangan warisan yang kian dilupakan
Play Video

Nenek 80 tahun lakukan senaman dalam air untuk kekal aktif
Play Video

‘Saya bukan AP, tapi ingin berkhidmat kepada penduduk’
Play Video