KUALA LUMPUR: Nama penyanyi otai, Datuk Hattan panas dan menjadi bahan perdebatan netizen selepas insiden menempelak pembaca berita sebuah stesen televisyen swasta kerana tidak membuat kajian sebelum bertanya soalan.
Menerusi rakaman video yang tular, Hattan atau nama sebenar, Mohd Shukri Shahabudin, 59, dihubungi oleh pembaca berita wanita menerusi siaran secara langsung untuk mendapatkan pandangan mengenai lirik lagu kumpulan XPDC yang...






