TERBARU, Toko Warisan telah pun melancarkan jenama pes miliknya sendiri, iaitu Selera Warisan, sebagai usaha mengetengahkan pelbagai jenis juadah tradisional yang dekat di hati masyarakat setempat.
Selari dengan satu trend masakan terbaru, pes masakan tersebut bukan sahaja memudahkan pengguna, malah mampu menjimatkan masa untuk memasak dan menyediakannya.





