PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyangkal tuduhan bahawa beliau ditahan pada petang Rabu (8 Mac) dan mengesahkan beliau telah diminta pergi ke Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Dalam satu kenyataan yang disiarkan di akaun Facebook beliau, Tan Sri Muhyiddin berkata berita berkenaan beliau ditahan di padang golf yang disebarkan oleh sebuah portal...






